Tuesday, January 5, 2010

STEVIA(POKOK GULA)



Stevia adalah sejenis pokok pemanis yang boleh digunakan sebagai pemanis minuman, masakan dan ubatan.

Ia telah lama digunakan semenjak seabad yang lalu, di Malaysia ia tidak ramai lagi yang tahu dan jika ada yang tahu ia belum dibuat secara industri komersial.

Ia boleh dirujuk dalam internet Stevia Rebaudiana, Pelakuan penanaman secara komersial tidak direstui oleh pembuat Dasar Makanan Negara iaitu MIGHT dan saya telah berbincang secara panjang lebar dengan pengurusannya bahawa ia akan menggangu industri gula negara kerana tebu adalah bahan komuditi selain dari kelapa sawit dan getah.

Begitu juga dengan industri pokok Jarak yang boleh dibuat BioDiesel akan menjejaskan Petroleum dan Kelapa Sawit.

Info penanaman Stevia, Maksimum penanaman pokok ini untuk seekar adalah 5000 pohon dan minima adalah 2000 atau itu kemampuan. Jika Kos ladang besar, makan pokok perlu ditanam dengan banyak.

Cuba kira sekejab, sepohon minima harga RM12 paling murah RM5 untuk pesanan 5000 pohon tanpa caj pengangkutan.

Pokok ini dituai seperti tuaian pokok teh, daun dan batangnya adalah manis sehingga 100 kali ganda dan jika diproses menjadi gula halus, ia menjadi 300 kali ganda. 2g telah cukup untuk seliter air.

Daun dan batang baru akan tumbuh selepas 14 hari dituai dan begitulah setiap hari.

Harga Sekilo daun kering kehijauan (bukan disalai) adalah RM2

Setiap pokok boleh dituai purata sebanyak 50g.

Maka seekar 5000 X 50g = 250kg X RM2 = RM500 setiap 2 minggu atau RM1K sebulan.

Pokok boleh hidup selama 40 bulan dan jika dijaga dan dibaja dengan elok boleh hidup sehingga 84 bulan.

pendapatan tahunan purata RM12k se ekar, jika 40bulan maka pendapatan adakah RM40k dan BreakEven pada umur 3 tahun.



JIKA SE EKAR : 5000 pohon X RM5, Kos pokok induk RM25k
Kos pengurusan ladang RM1000
Kos pekerja RM600 X 2 orang = RM1200
Lain2 kos?

Adakah ia berbaloi jika dibuat se ekar dan adakah kita ada dana jika dibuat secara besaran pada permulaan tanaman?

Walaupun demikian, saya ada cara untuk mengatasinya tanpa meminjam dana orang lain malah boleh menjual berlipat ganda selepas 40 bulan.

Biasanya kalau nak berguru kena ada pulut kuning lah...kepada sahabat di luar sana yang berminat menanam pokok stevia nie di alu-alukan kerna dengan pertanian kita dapat mengubah taraf hidup keluarga ,berjasa kepada bumi dan menolong orang susah...renung-renungkan lah pendapat saya ini..

HUBUNGI KAMI DI


Adi-email
adieyothman@gmail.com
H/P:012 432 4577
kami di kedah/penang

masukkan email anda untuk "new update"

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner