Monday, November 2, 2015

PROMOSI, HARGA DAN KUALITI PERKHIDMATAN.

sesuatu barangan atau perkhidmatan memerlukan promosi yang baik dan boleh dari pelbagai cara tidak kiralah melalui akhbar, siaran tv, siaran radio ataupun perbualan org yang pernah menggunakan perkhidmatan dan produk tersebut. dengan faktor ekonomi sekarang, kebanyakkan pengguna akan menyemak harga sesuatu barang dan perkhidmatan tersebut. Harga memainkan peranan penting sekarang ini. jika kena dengan bajet, setuju saja semua. Menjadi kemestian setiap org untuk menilai sesuatu melalui harga. Kualiti perkhidmatan juga merupakan sesuatu yang kadang kala kita terlepas pandang.

Tuesday, August 12, 2014

PAKEJ CATERING 7.50

Assalamualaikum...dah lama rasanya tak update blog faman enterprise nie dah naik berabuk dah..hari nie saya nak kongsikan dengan anda yang belum berkahwin Dan ingin berkahwin yang ingin mencari package catering yang berbaloi Dan mengikut budget.. Di sini package catering yang Kita tawarkan berharga Rm 7.50 per/head
Menu 1200pax
1)nasi bukhari
2)nasi Putih
3)Ayam goreng rempah
4)daging kurma merah
5)dalca
6)air asam/jelatah
7)bubur kacang
8)hirisan Buah
9)air free flow
10)makan pengantin Dan hiasan meja makan
11)khemah 4unit








Saturday, February 8, 2014

PERNIAGAAN KANVAS

KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEPERTI DI BAWAH:

KAMI BERALAMAT DI NO 8 TAMAN KEMUNTING
09000 KULIM KEDAH.
BERSEBELAHAN DENGAN GIAT MARA MACHANG BUBOK

Wednesday, November 6, 2013

Canopy pyramid

Kami juga menjual khemah pyramid dengan harga yang berbaloi bagi usahawan muda yang ingin menceburi bidang ini
Harga khemah pyramid:
Besi biasa cat(Rm1500)
Calvani(Rm1800)
Kanvas pyramid sahaja20x20ft (Rm500)

Menjual canopy

Kami juga menjual pelbagai jenis canopy mengikut permintaan pelanggan..kebanyakkan pelanggan memilih canopy arabic dan piramid 20x20ft..kerana semua majlis kebanyakkan nya menggunakan khemah pyramid 20x20ft di bawah ini khemah arabic
Harga seunit canopy arabic:
Besi cat (Rm1900)
Besi TEBAL/GI (Rm2200)
Kanvas sahajalah 20x20ft (Rm 750)
Boleh hubungi saya di talian 012432 4577(adi)

Sunday, September 9, 2012

KHEMAH PYRAMID DAN ARABIC


HARGA SEUNIT ARABIC(RM 190)
MEJA 10BIJI
KERUSI 40BIJI
KAIN ALAS MEJA 10 HELAI
KIPAS DAN JUGA LAMPU
*UNTUK TAMBAH SCALLOP DAN KAIN TIANG RM 250
GAMBAR KHEMAH SEPERTI DI ATAS



HARGA SEUNIT PYRAMID (RM170)
MEJA 10BIJI
KERUSI 40BIJI
KAIN ALAS MEJA 10 HELAI
KIPAS DAN JUGA LAMPU
*TAMBAHAN SCALLOP DAN KAIN TIANG RM230
GAMBAR SEPERTI DI ATAS

Sunday, May 6, 2012

KHEMAH PENGANTIN (RM 450)

Add caption
Khemah pengantin termasuk
* scallop
* Backdrop
* Skirting meja makan pengantin
* Table runner dan alas meja(mengikut tema)
* Reben
* Sarung banquet(6pcs)
* Sarung kerusi VIP 20 helai
khemah termasuk kipas&lampu

Thursday, February 2, 2012

PAKEJ CATERING TERMASUK MAKAN PENGANTIN(RM7.50)


PAKEJ MAKANAN 'A'(1000 PAX)
-NASI PUTIH DAN NASI MINYAK
-AYAM MASAK MERAH
-DAGING MASAK KURMA PUTIH
-DALCA
-HIRISAN BUAH-BUAHAN
-JELATAH
-AIR
-BUBUR KACANG(FREE order 1000 pax)
-khemah pyramid 3

PAKEJ MAKANAN 'B'(1000 PAX)
-NASI PUTIH DAN NASI TOMATO
-AYAM MASAK HITAM
-DAGING MASAK KURMA MERAH(CABAI)
-HIRISAN BUAH-BUAHAN
-KEARBU TOMATO
-DALCA
-AIR
-BUBUR KACANG(FREE order 1000 pax)
-khemah pyramid 3

PAKEJ MAKANAN 'C'(1000 PAX)
-NASI PUTIH DAN BERIANI
-AYAM MGORENG BEREMPAH/TEPUNG
-DAGING MASAK HITAM KARI
-DALCA
-HIRISAN BUAH-BUAHAN
-ACAR BUAH
-AIR
-BUBUR KACANG(FREE order 1000 pax)
-khemah pyramid 3

*SEMUA PAKAEJ DI ATAS BOLEH DI UBAH MENGIKUT CITARASA PELANGGAN
EMAIL:adieyothman@gmail.com
phone:016 493 4730 (paklang)

Tuesday, December 28, 2010

CATERING





MAKAN PENGANTIN


NASI PUTIH&NASI MINYAK


AYAM MASAK KICAP


GULAI DAGING


KERABU TOMATO


OREN

PAKEJ RM 6.50 TERMASUK KHEMAH + RM150 UNTUK HIDANGAN PENGANTIN
ADI 012 432 4577

Monday, November 1, 2010

catering sek.keb alma semperna hari graduasi 1-Nov-10




MENU CATEIRNG:
1)AYAM GORENG BEREMPAH
2)DAGING GULAI MASAK HITAM
3)KERABU TOMATO
4)BUAH OREN
5)NASI MERAH/NASI MINYAK
6)BUBUR KACANG
7)AIR FREE FLOW

RM 6.50



Monday, July 26, 2010

IKAN LAMPAM DI KONGSIKAN CERITA

BUKAN UNTUK DIJUAL




Kehidupan sekarang berubah mengikut zaman...banyak permodenan-permodenan diluar bandar,secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup warga kampung dan dapat mempelajari teknik-teknik petani moden. Sejak kebelakangan ini kita dapat mendengar dan bahkan kita dapat melihat sendiri ternakan air tawar secara moden..dulu kalu kita nak cari ikan-ikan air tawar nie susah..nak kena pergi cari di sawah(bendang),sungai dan lombong-lombong..tapi hari ini kita tidak lagi bersusah payah mencari itu semua kerana sekarang kita boleh mendapatkan ikan air tawar secara online dan secara membeli di market..satu lagi ikan air tawar berjaya di ternak oleh sahabat kita iaitu ikan lampam,yang sekarang ini susah untuk kita dapat kan..Kalau anda penggemar ikan pekasam anda boleh dapatkan ikan pekasam lampam,perhh memang sedap sehingga ada teringat di waktu malam...untuk keterangan lanjut boleh email kepada saya
adieyothman@gmail.com

Thursday, April 15, 2010

RESIKO PENGHANTARAN PUYU


video
video

Assalamualaikum pada sahabat-sahabat dan penternak dimalaysia..disini saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan tentnag,bagaimana untuk membuat penghantara ikan puyu bagi kawasan yang jauh perjalanan dalam lingkungan 3jam ke 7jam..semalam saya naik kan lagi puyu seberat 100KG untuk penghantaran ke pulau pinang...sebenarnya pulau pinang dengan kulim hanya mengambil masa 1jam perjalanan..saya mengisi ikan puyu 50KG bagi setiap tong untuk dihantar ke pulau pinang..setibanya saya di pulau piang jalan penuh sesak dengan perarakkan tokong cina untuk upacara sembahyang..saya terkandas 3jam dalam perjalanan...setibanya di tempat borong ikan saya dapati 50KG ikan dah mati..disebabkan stress terlalu lama dalam tong..Tapi apa pun dugaan kita harus redha dan terus berusaha..apa yang saya cuba sampaikan ialah..bersabar dan sanggup ambil resiko tentang kematian ikan nie..

TIPS PENGHANTARAN IKAN PUYU
-setiap tong perlu di isi 25KG untuk perjalanan 3jam till 7jam
-untuk perjalanan 1jam boleh di isi 50KG/tong
-bersabar dalam perjalanan
-masukkan sedikit minyak minyak kedalam tong..bagi mengcegah lindiran terlalu banyak
-patuhi peraturan lalulintas
-ikan mati tidak boleh dijual except customer request .
"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Wednesday, April 14, 2010

PUYU OH PUYU




video

Assalamualaikum pada sahabat-sahabat ku..dah lama rasanya saya tak update blog nie semalam 14/Apr/2010 saya telah naikkan ikan puyu gred "A" sebanyak 100Kg untuk dipasarkan di pulau mutaira(penang)..Untuk pasaran borong di penang mereka ambil Rm10/kg..Bagi pasaran jualan market di sekitar pulau pinang mereka jual sekitar Rm12 hingga ke Rm14/kg..Bagi penternak yang baru berjinak-jinak dalam ternakan ikan puyu nie,saya sokong 100% dengan ternakan anda..sekarang pasaran ikan puyu diibarat seperti goreng pissang panas..Pada penternak di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kulim boleh berbincang harga borong bagi ikan puyu anda semua..kita orang meniaga perlu ada tolak ansur kerana perniagaan barang hidup nie tidak menentu..Hari ini kita timbang 100KG..besok timbang lagi dah jadi 90KG...untuk penjimatan kos penghantaran anda boleh menggunakkan kereta untuk penghantaran bawah 500KG.."RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

TIPS
-ikan puyu tidak sesuai diternak didalam kanvas dan kolam simen
-puyu sesuai diternak di kawasan lapang,seperti kolam tanah bukit 80ftx80ft
-makan perlulah diberi yang berkhasiat,seperti perut ayam dan pallet gred A yang dicampur bersama makanan sampingan
-Perlulah memilih baka yang baik
-tidak bergantung harap pada penjual benih
-Aliran air cantik,utuk memudahkan penuaian hasil kolam
video

Monday, March 1, 2010

Pembekal benih talapia 1.5-2icn

1 benih 1.51nc-2inc 12k keatas RM-0.08sen/ekor

2 benih 1.5inc-2.5inc 5k-10k RM 10sen

3 benih 1.5-2.5inc 1k-5k Rm0.20sen

Tuesday, February 9, 2010

PEMBORONG DAN PENJUAL HARUAN



Ikan haruan semestinya ikan yang di gemari oleh rakyat MALAYSIA kalau kena dengan masakan nya.Kebanyakkan orang malaysia percaya bahawa ikan haruan ini baik untuk memulihkan tisu-tisu untuk perempuam selepas bersalin.Kebanyakkan orang tua-tua terdahulu memang mengggemari ikan haruan ini kerana mudah untuk mendapatkannya di sawah,kawsan berpaya dan sungai..Tetapi sekarang haruan susah untuk mendapatkannya kerana tercemar dengan racun serangga dan bahan-bahan toksik yang lain..SEKARANG RAKYAT MALAYSIA TIDAK PERLU RISAU LAGI UNTUK MENDAPTKAN IKAN HARUAN INI..KERANA SYARIKAT KAMI DAPAT MEMBEKALKAN IKAN HARUAN INI SEKITAR KEDAH...Untuk negeri-negeri lain order minimum 500Kg...

MASAKAN POPULAR IKAN HARUAN
Di sekitar negeri kedah masakan popular untuk ikan haruan ini adalah panggang atau pun bakar bersama dengan inti kelapa muda...rasa nya memang power..untuk menitmati juadah ini boleh datang ke sempoi restoran kulim kedah..akan dibuka penghujung bulan 8..perancangan restoran ini akan menyediakan masakan ikan air tawar dan laut la cikit..

Tuesday, January 5, 2010

STEVIA(POKOK GULA)



Stevia adalah sejenis pokok pemanis yang boleh digunakan sebagai pemanis minuman, masakan dan ubatan.

Ia telah lama digunakan semenjak seabad yang lalu, di Malaysia ia tidak ramai lagi yang tahu dan jika ada yang tahu ia belum dibuat secara industri komersial.

Ia boleh dirujuk dalam internet Stevia Rebaudiana, Pelakuan penanaman secara komersial tidak direstui oleh pembuat Dasar Makanan Negara iaitu MIGHT dan saya telah berbincang secara panjang lebar dengan pengurusannya bahawa ia akan menggangu industri gula negara kerana tebu adalah bahan komuditi selain dari kelapa sawit dan getah.

Begitu juga dengan industri pokok Jarak yang boleh dibuat BioDiesel akan menjejaskan Petroleum dan Kelapa Sawit.

Info penanaman Stevia, Maksimum penanaman pokok ini untuk seekar adalah 5000 pohon dan minima adalah 2000 atau itu kemampuan. Jika Kos ladang besar, makan pokok perlu ditanam dengan banyak.

Cuba kira sekejab, sepohon minima harga RM12 paling murah RM5 untuk pesanan 5000 pohon tanpa caj pengangkutan.

Pokok ini dituai seperti tuaian pokok teh, daun dan batangnya adalah manis sehingga 100 kali ganda dan jika diproses menjadi gula halus, ia menjadi 300 kali ganda. 2g telah cukup untuk seliter air.

Daun dan batang baru akan tumbuh selepas 14 hari dituai dan begitulah setiap hari.

Harga Sekilo daun kering kehijauan (bukan disalai) adalah RM2

Setiap pokok boleh dituai purata sebanyak 50g.

Maka seekar 5000 X 50g = 250kg X RM2 = RM500 setiap 2 minggu atau RM1K sebulan.

Pokok boleh hidup selama 40 bulan dan jika dijaga dan dibaja dengan elok boleh hidup sehingga 84 bulan.

pendapatan tahunan purata RM12k se ekar, jika 40bulan maka pendapatan adakah RM40k dan BreakEven pada umur 3 tahun.



JIKA SE EKAR : 5000 pohon X RM5, Kos pokok induk RM25k
Kos pengurusan ladang RM1000
Kos pekerja RM600 X 2 orang = RM1200
Lain2 kos?

Adakah ia berbaloi jika dibuat se ekar dan adakah kita ada dana jika dibuat secara besaran pada permulaan tanaman?

Walaupun demikian, saya ada cara untuk mengatasinya tanpa meminjam dana orang lain malah boleh menjual berlipat ganda selepas 40 bulan.

Biasanya kalau nak berguru kena ada pulut kuning lah...kepada sahabat di luar sana yang berminat menanam pokok stevia nie di alu-alukan kerna dengan pertanian kita dapat mengubah taraf hidup keluarga ,berjasa kepada bumi dan menolong orang susah...renung-renungkan lah pendapat saya ini..

Monday, November 9, 2009

TRIP TO SEMPADAN



Disini saya ingin berkongsi kepada pengunjung blog..Last week(8/11/09)saya pergi ke satu tempat kuarentin lembu sementara di bukit kayu hitam..disana saya dapati banyak lembu-lembu yang murah dan boleh dirunding mengikut kuantiti yang diperlukan..Pusat kuarentin sementara itu di jaga oleh kerajaan negeri selama 10 hari,sekor lembu di cas sebanyak 10 ringgit untuk sehari mana kata untuk sepuluh hari lembu di cas sebanyak Rm100...tetapi harga kuarentin bukan di cas kepada lembu sebaliknya kepada tuan lembu.di sana memang menarik untuk para penternak mendapatkan lembu yang di import dari negara jiran..Sempena hari raya haji ini pengeluaran lembu di sekitar utara sahaja mencecah 10 ribu ekor..Kepada yang berminat untuk mengusahakan lembu memang di alu-alukan...(9/10)rezeki datang dari berniaga..salam





Ini ialah tempat lembu mendapatkan makanan..Secara teorinya memang nampak mudah untuk menjaga lembu-lembu ini dgn membuat satu kandang feedlot..Tetapi berat lembut boleh berkurangan dgn cepat jika tidak diberi makan dengan secukupnya..Kepada para penternak untuk mengemukkan lembu dengan cepat di siam ada menjual ramuan-ramuan untuk dicampur dalam makanan lembu..Campuran makanan bagi lembu mempunyai 5 jenis campuran untuk mempercepatkan pembesaran lembu..dan untuk minuman lembu diberi air yang dicampur dengan gula merah..Kepada penternak ini informstion champion punya tara jual punya..juah perjalanan banyak pengalaman yang sedara-sedara sekalian boleh pelajari..




Ini ada lagi satu cerita yang nak dikongsi bersama sahabat-sahabat.Cubaan sekor lembu jantan cuba memanjat lembu betina dihadapannya..Kalu sahabat-sahabat sekalian lihat betul2 pada lembu jantan itu tuan-tuan boleh tgk anu nya sudah terkeluar dari sarangnya untuk melompat di belakang lembut betina tersebut tanpa memikirkan manusia di sekelilingnya,kerana lembu tersebut dicipta allah tanpa akal tetapi mempunyai otak..Apa yang ingin disampaikan disini kepada anda diluar sana jaga la maruah anda,jadi la manusia yang beriman jgn jadi seperti lembu..Fikir-fikir kan lah..

Monday, November 2, 2009

AYAM KKAMPUNG "ORI" RM1.80


Kepada pengunjung sekalian syarikat kami sekarang ada membekalkan anak ayam kampung dan juga ayam yang dah cukup syarat..kepada sedara dan sedari sekalian sekarang pemintaan untuk ayam kampung meningkat,kerana akan tiba chiness new year..kepada pemborang boleh terus berhubung dengan syarikat saya..bagi anak ayam yang berusia seminggu dijual RM1.70 untuk sekor..untuk anak ayang berusia seminggu dijual antara RM2.00 hingga RM2.50..semoga penternak-penternak sekalian mengambil peluang yang ada dengan memperkenalkan ayam kampung..permintaan ayam kampung sekarang tidak mencukupi..




Bagi seseorang yang menjaga kesihatan,saya cadangkan pemakanan yang sihat dengan mengambil satu langkah yang baik..iaitu dengan memakan ayam kampung bagi menjaga kesihatan anda..kerana ayam kampung rendah kolestrol dan bagus untuk mengurangkan penyakit darah tinggi...sekarang tun mahadir bimbing akan rakyat malaysia yang berat badannya tidak terkawal...sekian sketsa saya...selamt

Wednesday, September 30, 2009

Tip pembenihan



Kepada para penternak sekalian disini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman saya kepada penternak sekalian..untuk menghasilkan benih ikan yang banyak tanpa menjejaskan telur ikan akibat dari di makan oleh sang bapak..sedara-sedara boleh menggunakan sangkar hijau di atas itu,ini bertujuan bagi mengasingkan sang bapak dan sang ibu memakan telur ikan tersebut..selapas sedara-sedara inject hormon pada sang ibu,ikan tadi dibiarkan selaman 24jam dalam kolam pembenihan tersebut,dengan cara sangkar hijau di satas dimasukkan sang bapak dan sang ibu.bagi sang bapak dan sang ibu mengawan.sangkar tadi di biarkan didalam kolam tersebut sehinggalah sang ibu bertelur..selepas sang ibu melepaskan telur,angkat kembali sang bapak dan sang ibu keluar..sellamat mencuba
satu malaysia rakyat berdikari sendiri

Friday, September 4, 2009

KOLAM ASUHAN KELI



Untuk kolam asuhan keli,saya cadangkan pada penternak di luar sana menggunakan jaring biru bagi kolam asuhan.paras air yang perlu di masukkan ke dalam kolam setinggi 3ft dalam lingkungan 1/2ft/.Jika paras air yang di masukkan terlalu banyak boleh memberi kelemasan pada benih keli saudara dan saydari sekalian.Berani sahut cabaran "SATU MALAYSIA"

video

SEPAT BENUA

Kolam sepat di atas menggunakan kolam fiber yang bersaiz 4ftx3ft .keluasan kolam 4x3 boleh di masukan benih sepat sebanyak 200ekor/kolam.kolam fiber perlu dilengkapii dengan aliran keluar masuk air untuk memberi oxigen pada ikan sepat..spesies ikan sepat berlainan dari spesies ikan puyu kerana ikan sepat tidak aktif seperti kebanyakkan ikan puyu.leh sebab itu oxigen diperlukan untuk discharge pengaliran air kotor di dalam kolam.sepperti ikan puyu kolam tidak perlu dibekalkan dengan oxigen kerana ikan puyu hyperaktif dengan melompat,itu boleh memberi kolam oxigen kepada ikan puyu tersebut.Selain itu juga oxigen digunakan bagi mengurangkan air ditukar sebulan sekali.
Persekitaran kolam bagi ikan sepat juga penting untuk menghasilkan ikan yang bermutu tinggi.sebagai contoh ikan sepat sesuai diternak di dalam persekitaran yang neutral.sebagai contoh kepada anda kita perlu mengubahsuai kolam kita untuk menampakkan neutral dengan meletakkan pokok-pokok air sperti kiambang,keladi bunting,dan sebagainya.

Ini hasil yang diternak selepas 6 bulan ,ikan yang bermutu dapat dihasilkan dengan menggunakan kolam fiber.Cara pemakanan ikan sepat ini tidak terlalu banyak seperti kebanyakkan ikan air tawar yang lain.ikan sepat ini lebih suka memakan tumbuhan yang berada di dalam kolam.


Tuesday, August 18, 2009

90% REZEKI DATANG DARI BERNIAGA

Pekasam Wanita Utara ke luar negara


JOHARABI Muhamad menunjukkan bungkusan ikan pekasam keluaran syarikatnya.


LENGGONG 16 Ogos - Apabila disebut ikan pekasam, perkara pertama yang pasti terlintas di fikiran kita ialah ikan air tawar yang mempunyai rasa masam-masam masin dan begitu enak jika dimakan dengan nasi panas.

Jika dahulu ikan pekasam hanya popular di kalangan penduduk di utara Semenanjung, kini ia semakin mendapat permintaan yang tinggi di kalangan para penggemarnya sehingga berjaya menembusi pasaran luar negara.

Di Perak, terdapat beberapa pengusaha Melayu yang terlibat dalam menghasilkan produk istimewa ini dan antaranya ialah Joharabi Muhamad, 35.

Menurut Joharabi, idea untuk mengkomersialkan ikan pekasam adalah atas dorongan ibunya, Zairom Che Wok, 60.

Pada mulanya kata ibu muda ini, dia belajar membuat ikan pekasam dan menjualnya secara kecil-kecilan tetapi sambutan menggalakkan yang diterima membuatkannya nekad untuk membesarkan perniagaan tersebut.

"Idea untuk menjual ikan pekasam timbul selepas saya meluahkan rasa bosan tinggal di rumah kepada ibu. Selepas berkahwin, saya berhenti kerja di kilang dan menjadi suri rumah.

"Idea daripada ibu yang memang pandai membuat ikan pekasam akhirnya menjadi sumber pendapatan kepada saya sekeluarga kini. Alhamdulillah, ikan pekasam yang dibungkus di bawah label 'Pekasam Wanita Utara' kini sudah menembusi pasaran China, Brunei dan Indonesia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Pekan Kuak di sini baru-baru ini.

Jelas Joharabi, selain digoreng garing dan dimakan dengan nasi panas, menu makanan menggunakan ikan pekasam juga boleh dipelbagaikan seperti dimakan dengan pulut dan ubi kayu rebus.

Malah katanya, ikan pekasam juga boleh dimasak gulai lemak atau dijadikan serunding yang pastinya enak dimakan bersama ketupat.

"Pekasam sebenarnya boleh dijadikan rendang seperti juga ayam dan daging. Hanya buang tulang belakang ikan dan campurkan dengan rempah ratus serunding, rasanya sangat enak," katanya.

Usaha Joharabi bertambah mudah apabila dibantu oleh suaminya, Meor Shahili Meor Hassan, 41.

Mereka memerlukan 300 kilogram ikan air tawar seperti ikan loma, sepat, lampam, puyu dan tilapia setiap hari untuk membuat pekasam.

Untuk menghasilkan ikan pekasam yang bermutu katanya, proses pertama yang perlu dilakukan ialah ikan disiang dan perutnya dibuang sebelum diletak garam dan diperam selama dua minggu.

Kemudiannya, ikan itu dibersihkan dan digaul dengan serbuk beras yang dikisar halus.

Selepas itu, ikan dimasukkan ke dalam tong besar yang ditindih dengan benda berat dan disimpan selama dua minggu lagi sebelum dibungkus.

"Sebenarnya, lagi lama ikan diperam, rasanya akan lebih enak. Ikan pekasam boleh disimpan lama kerana ia sudah diawet," katanya.

Menurut Meor Shahili pula, untuk memastikan ikan pekasam yang dibuat 'menjadi' dan mempunyai rasa yang sedap, hanya ikan-ikan segar yang dibekalkan oleh pemborong akan digunakan.

"Saya sangat menitikberatkan kebersihan dalam proses menghasilkan ikan pekasam bagi memastikan produk yang dipasarkan benar-benar berkualiti.

"Ramai yang mengatakan ikan pekasam berbau busuk kerana diperam. Saya mahu mengubah persepsi ini. Jika kita menggunakan ikan segar dan menjaga kebersihan tempat menyediakannya, ia tidak akan berbau busuk," katanya

Pekasam Wanita Utara dijual pada harga RM3.50 untuk 200 gram dan sekiranya pelanggan membeli secara pukal, mereka boleh mendapatkannya pada harga borong RM2.80 untuk 200 gram.

KEBAIKAN MENTERNAK PUYU

Puyu hapus nyamuk aedes


Gan Tian Loo (kanan) menunjukkan sebahagian daripada anak ikan puyu untuk dilepaskan ke dalam perigi bangunan rumah kedai di Jonker Walk, Melaka, semalam.


MELAKA 9 Sept. - Sebanyak 1,000 ekor anak ikan puyu akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat di beberapa kawasan kediaman dan premis perniagaan di sekitar bandar raya Melaka bagi mengatasi pembiakan nyamuk Aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Gan Tian Loo berkata, langkah tersebut dilakukan sebagai salah satu usaha bagi membendung wabak denggi di sini.

Menurut beliau, pembelian anak-anak ikan puyu itu dibiayai oleh Jawatankuasa Jonker Walk dan ia akan melibatkan kira-kira 600 buah rumah kedai, bangunan kediaman dan rumah-rumah ibadat.

''Kawasan tersebut merupakan kawasan yang diiktiraf sebagai zon kedua Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia dan ia perlu mempunyai tahap kebersihan, keindahan dan keselamatan yang tinggi.

''Kebanyakan bangunan di kawasan berkenaan mempunyai perigi dan kita akan melepaskan ikan puyu ke dalamnya dan ia akan memakan nyamuk Aedes sekali gus menghalang pembiakan yang menjadi punca demam denggi," katanya.

Tian Loo yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk berkata demikian pada sidang akhbar selepas melepaskan 100 ikan puyu di beberapa bangunan sekitar Jonker Walk, di sini hari ini.

Menurut beliau, program yang sama pernah dianjurkan pada 2004 dan ia terbukti dapat mengurangkan kes demam denggi di kawasan tersebut.

''Berdasarkan pengalaman kita yang lalu, program sebegini terbukti dapat membanteras pembiakan nyamuk aedes dan menghindari penyakit demam denggi.

''Ia mungkin memakan masa berbanding kaedah semburan tetapi lebih berkesan kerana ikan-ikan ini akan memakan jentik-jentik sebelum ia menjadi nyamuk Aedes yang menjadi punca penyakit demam denggi," katanya.

Tambahnya, antara kawasan yang akan terlibat pada program tersebut ialah Jonker Street, Kampung Hulu, Kampung Pantai, Jalan Hang Lekiu, Jalan Hang Lekir dan Jalan Hang Kasturi.

''Saya juga berharap, program sebegini dapat menjadi contoh terutamanya kepada pihak swasta sebagai satu tanggungjawab sosialnya membantu masyarakat.

''Tanggungjawab sosial bukan semata- mata membantu dari soal kewangan tetapi juga membiayai program tertentu seperti ini yang tidak kurang pentingnya untuk menjamin keselamatan dan keselesaan hidup bersama," katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga berharap, masyarakat dapat sama membantu dengan membela ikan puyu di dalam takungan air bersih di kawasan rumah untuk membunuh jentik-jentik sekali gus menjamin persekitaran yang selamat didiami.

REZEKI IKAN PUYU

Nilai ikan puyu kacukan


MOHD. Nizam (kiri) dan Mohd. Asri Mahadzir menunjukkan telur ikan puyu dalam tangki di Felda Jengka 12, Maran, Pahang.


MARAN 20 April - Dalam kategori ikan air tawar, puyu atau betuk tidaklah sehebat ikan patin, kelah atau temoleh dari segi 'kegilaan' kaki pancing.

Ikan yang sering ditemui di sungai dan parit itu dianggap kurang berharga dan tidak menjadi rebutan di kalangan penggemar ikan darat.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa ikan puyu atau nama saintifiknya, Anabas Testudineus mempunyai nilai yang tinggi jika dapat diternak dalam bentuk komersial.

Ikan puyu kini semakin mendapat perhatian selepas beberapa usaha dijalankan untuk mengeluarkan hasil yang lebih bermutu.

Maka tidak hairanlah ada ikan puyu yang dijual di sini berharga sehingga RM20 sekilogram berikutan saiznya yang lebih besar selain rasa yang lebih enak selepas beberapa eksperimen dijalankan.

Semua itu dihasilkan selepas penubuhan pusat pembenihan ikan air tawar milik peneroka Felda Melor Jengka 12 di Bandar Jengka di sini sejak tiga tahun lalu.

Pusat pembenihan itu dikendali oleh Syarikat Khazanah Danau Rimba Enterprise (Khazanah Danau Rimba) yang dimiliki oleh peneroka Felda kawasan tersebut.

Pengurus Kanan Khazanah Danau Rimba, Zainal Abidin Mansor berkata, tumpuan projek lebih kepada penternakan ikan puyu kerana ternakan itu berpotensi besar untuk dikomersialkan.

Menurutnya, ikan puyu yang sering ditemui di kawasan sawah padi, parit dan sungai mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun spesies itu seolah-olah kurang dipedulikan berbanding keli, sepat siam dan haruan.

Katanya, kebarangkalian pupusnya spesies ikan puyu mendorongnya menubuhkan sebuah syarikat pembenihan bagi menghasilkan benih ikan puyu secara komersial di samping menganjurkan kursus jangka pendek menternak ikan itu.

''Felda menyediakan sebuah bangunan di kawasan seluas kira-kira tiga hektar di Felda Melor Jengka 12 untuk menjayakan projek penternakan dan pembenihan ikan puyu malah dijadikan lokasi tempat berkursus kepada peserta,'' katanya.

Zainal Abidin memberitahu, bangunan yang mampu menempatkan 40 peserta itu turut dilengkapi pejabat pentadbiran, bilik kursus, asrama, tangki pelbagai saiz sebagai peralatan utama ternakan ikan puyu.

Menurutnya, setiap kali kursus dianjurkan, sambutan amat menggalakkan apabila para peserta bukan sahaja datang dari Pahang tetapi juga dari luar termasuk Singapura.

Beliau menambah, teknologi kacukan baka ikan puyu Thailand dengan spesies ikan puyu tempatan yang dihasilkan Khazanah Danau Rimba berjaya menghasilkan baka ikan puyu bersaiz besar.

Katanya, penghasilan ikan puyu bersaiz besar itu secara langsung membuka mata masyarakat terhadap potensi ikan itu boleh dikomersialkan apatah lagi rasa ikan itu lebih enak untuk dimasak dengan pelbagai resipi.

''Berdasarkan kepada permintaan tinggi pasaran tempatan bermakna bidang penternakan ikan puyu kacukan boleh dikomersial untuk pasaran luar negara seperti Singapura,'' katanya.

Menurutnya, ikan puyu kacukan amat berkhasiat di samping mudah dipelihara, tahan lasak dan kurang risiko untuk mati sekali gus memudahkan proses penjagaan ternakan itu.

Tambah beliau, Khazanah Danau Rimba bukan sahaja menawarkan ikan puyu segar dewasa malah turut menyediakan benih-benih ikan puyu untuk diusahakan oleh penternak persendirian.

Sehubungan itu, tambah beliau, golongan belia harus merebut peluang untuk mengusahakan ternakan ikan puyu kerana projek tersebut mampu memberi pendapatan lumayan kepada mereka.

Eksekutif Kanan Khazanah Danau Rimba, Mohd. Nizam Mahadzir pula berkata, projek ternakan ikan puyu secara terancang itu mampu melonjakkan harganya iaitu antara RM17 hingga RM20 sekilogram di pasaran.

Katanya, misi Khazanah Danau Rimba untuk membantu pengusaha di kalangan warga Felda termasuk generasi baru, ibu tunggal, persatuan belia atau individu melaksanakan projek ini lebih serius.

''Bagi tujuan itu, Khazanah Danau Rimba melakukan roadshow, taklimat pembenihan dan menternak ikan puyu serta kursus mempelbagaikan produk untuk bersaing dalam pasaran global,'' katanya yang merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor.

Mohd. Nizam menegaskan, objektif kursus bertujuan mempromosi ikan puyu kacukan ke pasaran tempatan dan antarabangsa sekali gus menjana pendapatan pengusaha.

Menurut beliau, menternak ikan puyu kacukan dalam tangki amat mudah dikendalikan oleh individu yang berminat untuk menambah pendapatan dengan hanya memanfaatkan persekitaran kawasan kediaman.

Tambah beliau, usaha berterusan dilakukan bagi mempromosi ikan puyu kacukan di kalangan penduduk luar bandar di samping mewujudkan rangkaian perniagaan berasaskan produk ikan itu.

''Kami komited memantau perkembangan projek ternakan ikan puyu yang dikendalikan peserta kursus termasuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran bagi menjamin projek itu berjaya,'' katanya.

Pembantu Kanan Khazanah Danau Rimba, Mohd. Asri Mahadzir optimis projek ternakan ikan puyu kacukan dalam tangki boleh diusahakan secara serius oleh peneroka dan pekebun kecil sebagai pendapatan tambahan.

Katanya, keyakinan itu tercetus berikutan permintaan ikan segar air tawar itu terus mendapat permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa berbanding bekalan yang ditawarkan terhad.

Tambah beliau, ikan puyu jika diternak dalam bilangan yang banyak boleh menjamin pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

Dengan menggunakan teknologi pembenihan canggih, jelasnya, ikan puyu yang diternak dalam bilangan banyak boleh dijual di pasaran dalam tempoh empat bulan berbanding ikan air tawar lain.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, pihaknya berusaha mengkomersialkan ternakan ikan ketutu atau ikan ubi yang turut mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat Cina.

Sementara itu, seorang peserta, Nelson Ku, 35, dari Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru, Johor, amat teruja apabila mengikuti kursus menternak dan pembenihan ikan air tawar itu.

''Saya sanggup bermotosikal dari Johor Bahru semata-mata untuk menambah pengetahuan mengenai ternakan ikan air tawar terutama puyu mengikut teknik yang betul,'' katanya.

Menurutnya, kursus dua hari yang dikendalikan pakar dalam bidang itu banyak memberi maklumat berguna untuk projek secara komersial dan berskala besar.

Seorang lagi peserta, Noraini Mahadzir, 22, dari Felda Melor Jengka 12 beruntung apabila mengikuti kursus menternak dan pembiakan benih ikan air tawar itu kerana menerima banyak maklumat daripada golongan pakar dalam bidang itu.

Para peserta, katanya, berpeluang mencuba melakukan proses pembenihan ikan puyu dan mengeluarkan telur ikan keli untuk dikacuk serta melihat peringkat pembesaran ikan dalam tangki.

''Projek ternakan ikan puyu dalam tangki ini boleh dilakukan sesiapa sahaja asalkan mempunyai kemahuan dan minat untuk mengkomersialkan bagi menambah pendapatan sambil mengurangkan belanja dapur,'' katanya.

Tambahnya, pasaran ikan puyu adalah meluas kerana di Jengka sahaja terdapat banyak pekan sehari yang beroperasi di setiap tanah rancangan Felda yang mempunyai lebih 100,000 peneroka yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.

HUBUNGI KAMI DI


Adi-email
adieyothman@gmail.com
H/P:012 432 4577
kami di kedah/penang

masukkan email anda untuk "new update"

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner