Tuesday, April 14, 2009
BERKAT AIR MATA ///
Pelbagai cara telah dicuba, tetapi hampir semua anak-anak ikan itu akan mati selepas menetas.
"Kira-kira dua bulan jugalah saya dan seorang rakan kongsi cuba melakukan try and error ke atas air yang digunakan bagi membolehkan anak ikan keli terus hidup. Lima kali mencuba semua anak ikan mati.
"Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, sehingga suatu hari, rakan perniagaan di daerah lain memberitahu air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air.
Itulah cerita anak muda, Mohd. Irewan, 26, yang bekerjasama dengan rakan sekampungnya, Mohd. Fauzi Abd. Rahman.
sambunagn....
Kata Mohd. Irewan, beliau terpaksa menggali tanah di tapak pembenihan di Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu milik mereka bagi mendapatkan air mata air.
"Selepas kami menggunakan air berkenaan, anak ikan yang terhasil kira-kira 20,000 hingga 50,000 masih mati. Apabila dikaji, ia berpunca daripada mata air di tapak berkenaan yang berwarna kemerahan dan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak ikan kerana kawasan itu berpaya," katanya.
Beliau yang mempunyai Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor menambah, apabila meninjau di kawasan sekitar kampung berkenaan, terdapat sebuah telaga yang diyakini mampu memanjangkan jangka hayat benih ikan keli.
sambungan....
"Tuan punya telaga berkenaan bersetuju dan kami menggunakan pam menyedut air telaga yang terletak kira-kira 400 meter daripada tapak projek dengan menggunakan paip getah untuk mengisi 12 kolam.
"Akhirnya benih ikan mampu bertahan sehingga ia mampu dijual dengan saiz maksimum sepanjang lima sentimeter seekor," katanya yang pada mulanya risau mengenai cara terbaik menghasilkan anak ikan bermutu tinggi.
Beliau yang menggunakan kolam berukuran tiga meter lebar dan 21 meter panjang itu terpaksa mengambil masa sehingga hampir setahun mempelajari selok belok pembenihan dan pengurusan anak ikan secara sistematik.
Katanya, menguruskan anak ikan yang berusia sehingga 45 hari amat sukar lebih-lebih lagi ia amat sensitif dengan persekitaran dan makanan.
"Untuk permulaan selepas proses penetasan sehingga usianya mencecah sembilan hari, ia perlu diberi makan artemia atau anak udang.
"Selepas itu apabila usianya mencecah sehingga 45 hari atau panjangnya sehingga lima inci ia boleh diberi makan moina atau sejenis hidupan air yang kecil, lebih kecil daripada jentik-jentik," ujarnya.
Lebih menarik, katanya, anak ikan keli yang dijual mereka tidak pernah dinaikkan harga dan ia dikekalkan sejak projek berkenaan dimulakan.
sambunagn....
Katanya, setiap ekor anak ikan berukuran dua inci dijual pada harga RM0.10, tiga inci (RM0.20) dan RM0.25 jika panjang anak ikan keli mencecah lima inci.
Mohd. Irewan memberitahu, air yang digunakan perlu ditukar setiap hari bagi menghalang anak ikan lemas kekurangan oksigen.
"Pada permulaan kami hanya mampu menghasilkan kira-kira 20,000 ekor anak ikan tetapi kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 200,000 ekor.
"Soal pemasaran, tiada masalah kerana penternak ikan keli di Terengganu terutama di daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan datang ke tapak pembenihan ikannya," katanya.
Beliau yang turut mengusahakan tanaman cendawan berkata, mereka berdua pada mulanya mahu membantu penternak ikan keli di negeri Terengganu mendapatkan benih ikan dengan tidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkannya.
Katanya, bermula dari situlah beliau dan Mohd. Fauzi rakan kongsinya berazam memulakan projek berkenaan kerana peluang terbuka luas untuk mereka menolong penternak ikan keli.
"Lagipun, permintaan ikan keli di restoran atau kedai-kedai makan tidak akan putus, jadi peluang mengusahakannya seharusnya tidak boleh ditolak begitu sahaja," katanya.
Monday, April 13, 2009
muhamad dhani 2009
Thursday, April 9, 2009
Monday, March 30, 2009
Di sini saya nak menceritakan kaedah yang digunakan oleh saya untuk menternak ikan puyu ini,setiap orang mempunyai kaedah yang berlainan untuk menternak ikan air tawar ini,pelbagai cara yang di gunakan setiap orang untuk mencari kesesuain kaedah penternakan ikan puyu ini..biar pun ikan puyu tahan lasak kita mestilah mencari satu kaedah yang terbaik untuk pembesaran ikan puyu ini..kaedah yang boleh tuan puan gunakan adalah seperti di bawah..
1) Poly tank

Thursday, March 19, 2009
MENGUJI PH
Wednesday, March 18, 2009
Cara merawat air (ACAI)
Tuesday, March 17, 2009
RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)
- Memulakan projek ternakan ikan puyu dengan bantuan institusi kewangan
- Menjalan perniagaan restoran
- Menjalankan perniagaan makanan ringan
- Menjalankan peprniagaan photostat
COMING SOON......
Sudah tiba masa nya untuk RP makanan ringan:-download here
PENGENALAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog saya ini,sebarang komen yang membina amt saya hargai untuk lebih bergerak ke hadapan.kepada sedara saya di luar saya dapt memberi maklumat serba sedikit tentang penternakn ikan air tawar nie..faman enterprise ini juga baru saja ditubuh kan mar 2009.di harap pengunjung blog saya dapt sedikit sebanyak maklumat tentang maklumat yang saya kongsikan...yang baik kita sama-sama majukan,dan yang mana buruk boleh memberi pendapat atu comment kepada saya///
TIMA KASIH
di sini kami menyediakan kelengkapan menyewa set canopy untuk tujuan majlis-majlis perkahwinan dan seumpamanya .kami menyediakan perkhidmayan ini bagi kawasan pulau pinang,kulim,sp.petani(kedah).
1) SET A(RM170)
- 40 BUAH KERUSI
- 10 BUAH MEJA MKAN
- KIPAS
- LAMPU
- ALAS MEJA
1.1 SET B(230)
SEMUA DIBERI SEPERTI SET A DAN TAMBAHAN SCALLOP DAN KAIN BALUT TIANG
2) SET VIP(RM250)
- MEJA BULAT 2 BUAH UNTUK 10 ORANG MAKAN
- MEJA EMPAT SEGI(3'X4') 10 BUAH
- KERUSI BIASA 40
- KERUSI BENQUET 8
- KIPAS
- LAMPU
3) TAMBAHAN
- KAIN BALUT TIANG (RM5/PCS)
- SECELLOP (RM80/1SET CANOPY)
- SKERTING BUFFET (RM 15/PCS)
- SEKERTING VIP
.SARUNG KERUSI(RM 3/PCS)
Monday, March 16, 2009
PENTERNAK IKAN PUYU SIAM

- Ikan puyu atau climbing perch adalah sejenis ikan air tawar Malaysia yang enak di makan bila dibuat pekasam,goreng rangup dan sebagainya. Pasaran ikan ini adalah tertumpu kepada kepada penggemar ikan air tawar di selatan dan utara. Oleh itu ia nya digemari oleh orang Melayu dan Siam. Pendatang Bangladesh juga mengemari ikan ini.Di Thailand ikan ini di jual pada harga antara 90 ke 130 bath atau rm9-rm13 sekilo. Harga pasaran di Malaysia ialah antara RM12-RM15 dengan harga ladang antara RM7-RM9. Saiz yang sesuai untuk di jual ialah antara 180-250 gm seekor.Untuk mencapai usia matang, ikan ini mengambil masa selama 120-150 hari. Ikan puyu jantan matang beratnya hanya 150gm sementara ikan betina antara 180-250gm. Selalaunya ikan ikan ini adalah 40 peratus betina dan 60 peratus jantan. Atas sebab itu, di Thailand ramai penternak akan menternak hanya puyu betina. Untuk menjadikan kebanyakan ini menjadi betina, hormon akan di beri kepada ikan pada masa ia kecil.Ikan ini sesuai diternak dalam kolam tanah dengan jumlah ternakan sebanyak 3.5 ekor sekaki persegi atau dalam kolam 40 kali 100 kaki, sebanyak 10-12k ikan ini boleh di masukan.Untuk tujuan ternakan, kami ada menawarkan benih puyu siam,ini antara harga yang kami posting kan:-
- puyu 1"-2"-rm0.10
- keli 1"-2"-rm0.07
berminat boleh email saya: adieyothman@gmail.com
- membentuk kolam kita dengan keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organik ialah:
- masukkan keladi bunting
- tanam kankung didalam kolam
- masukkan juga kiambang
- masukakn juga kemeling
2.Pemilihan kolam
-Untuk pemilihan kolam anda perlulah mengetahui kolam mana yang sesui dgn ikan yang anda hendak ternak,bagi pendapat saya kolam untuk ternak ikan puyu saya gunakan kolam fiber tank ia memberikan ikan2 saya pertumbuhan yang cepat berbanding saya masukkan ikan saya dalm kolam simen.
-Bagi sesiapa yang mempunyai tanah yang banyak,saya cadngkan ternakkan yan gpaling baik ialah kolam tanah sebab habitat ikan ini datang nya dari persekitaran nuetral dari tanah, untuk kolam tanah 20'x40' boleh memuatkan ikan puyu lebih kurang dalam 10k.Untuk pembesaran ikan air tawar,kolam tanah memberi jangka masa pembesaran lebih cepat berbanding kolam-kolam lain.
-Untuk penternak yang kekurangan modal boleh la melakukan ternakan secara penggunaan kanvas,kerana penggunaan kanvas lebih murah berbanding ternakan menggunakan fiber tank dan poly tank.
untuk kolam kanvas 6'lebar x12'panjang x3'tinggi boleh memeutkan anak ikan sebanyak 2k untuk satu-satu kolam bagi ternakan ikan puyu,dan bagi harga untuk kolam kanvas 6'x12' x3'RM280 siap sekali dgn pasang lagi.
-disi ada beberapa jenis sistem yang dapat penternak gunakan:-
- polytank
- kolam simen
- kolam tanah
- sistem RAS
- fiber tank

