Monday, June 22, 2009

IKAN AIR TAWAR JADI MENU WAJIB

SHAH ALAM – Kabinet bersetuju untuk mewajibkan menu ikan air tawar ke atas semua tender baru kantin atau kafe di setiap sekolah, jabatan, institusi dan agensi milik kerajaan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, syarat berkenaan ditetapkan dalam usaha kerajaan memperluaskan pasaran ikan air tawar keluaran tempatan.

“Ikan air tawar lebih segar berbanding ikan laut yang kebanyakannya kita import yang saya lihat berminggu-minggu tersadai sebelum masuk pasaran kita, jadi tak segar lagi.

“Matlamat kita yang lain ialah untuk mempopularkan ikan air tawar kepada generasi muda yang selama ini lebih terdedah dengan ikan laut sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar Peringkat Kebangsaan 2009 di Tapak Pasar Tani Mega di sini semalam.

Noh berkata, dasar tersebut dilaksanakan dengan mensyaratkan bekalan ikan jenis itu dari sumber tempatan dengan tiga jenis ikan yang dicadangkan iaitu tilapia, keli dan patin dal

No comments:

Post a Comment

HUBUNGI KAMI DI


Adi-email
adieyothman@gmail.com
H/P:012 432 4577
kami di kedah/penang

masukkan email anda untuk "new update"

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner