Ikan sepat benua sememang nye senonim dgn kelazatan nye di buat pekasam dan kering...kepada penggemar ikan sepat ini mesti tidak tahan melihat ikan sepat yang besar ini..kalu lah boleh dibuat masak lemak cili api ini memang best nie..kepada penggemar ikan sepat ini boleh la menternak secara komersial kerna ikan sepat in tak ramai lagi yang terokai seperti ikan keli...saya sarankan pada penggemar ikan sepat ini boleh la menternak,kerana sekarang kerajaan akan menghantar ikan air tawar ini kepada institusi kerajaan untuk membantu rakyat nye...tima kasih kerajaan malaysia....ASSALAMUALAIKUM
Monday, June 22, 2009
SEPAT BENUA
Ikan sepat benua sememang nye senonim dgn kelazatan nye di buat pekasam dan kering...kepada penggemar ikan sepat ini mesti tidak tahan melihat ikan sepat yang besar ini..kalu lah boleh dibuat masak lemak cili api ini memang best nie..kepada penggemar ikan sepat ini boleh la menternak secara komersial kerna ikan sepat in tak ramai lagi yang terokai seperti ikan keli...saya sarankan pada penggemar ikan sepat ini boleh la menternak,kerana sekarang kerajaan akan menghantar ikan air tawar ini kepada institusi kerajaan untuk membantu rakyat nye...tima kasih kerajaan malaysia....ASSALAMUALAIKUM
BENIH PUYU UNTUK DIJUAL 1.5inc-2inc 10sen
Disini saya letak kan anak ikan puyu siam,Puyu siam ini saya dapat direct dari siam oleh kenalan saya...ikan puyu siam ini tahan lasak dan pembesaran nye lebih cepat berbanding ikan puyu kampung...tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup untuk pembesaran ikan puyu ini..makanan ikan yang saya cadangkan pallet telur katak campur dgn baja pembesaran bakuhanseki..untuk tempahan boleh call saya 0124324577(adi) @ send email adieyothman@gmail.com
IKAN AIR TAWAR JADI MENU WAJIB

SHAH ALAM – Kabinet bersetuju untuk mewajibkan menu ikan air tawar ke atas semua tender baru kantin atau kafe di setiap sekolah, jabatan, institusi dan agensi milik kerajaan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, syarat berkenaan ditetapkan dalam usaha kerajaan memperluaskan pasaran ikan air tawar keluaran tempatan.
“Ikan air tawar lebih segar berbanding ikan laut yang kebanyakannya kita import yang saya lihat berminggu-minggu tersadai sebelum masuk pasaran kita, jadi tak segar lagi.
“Matlamat kita yang lain ialah untuk mempopularkan ikan air tawar kepada generasi muda yang selama ini lebih terdedah dengan ikan laut sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar Peringkat Kebangsaan 2009 di Tapak Pasar Tani Mega di sini semalam.
Noh berkata, dasar tersebut dilaksanakan dengan mensyaratkan bekalan ikan jenis itu dari sumber tempatan dengan tiga jenis ikan yang dicadangkan iaitu tilapia, keli dan patin dal
Tuesday, June 16, 2009
PEMBENIHAN IKAN PUYU
Friday, June 12, 2009
Thursday, May 21, 2009
BAJA PEMBESARAN (bakuhansiki)
Sambungan...
Sambungan...
Tuesday, May 19, 2009
KELI ZAT BABI HARAM

KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam."Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.
Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi."Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.
Monday, May 18, 2009
MAHUKAH ANDA UMAT ISLAM TERKENA SEPERTI INI



Kepada umat islam yang ingin membeli ikan keli di pasar..diminta semua harus mengetahui latar belakang ikan keli yang dipasarkan ..Kerana sekarang ini ikan keli mudah tercemar dengan najis dan kandungan babi...lihat lah keratan kosmo yang saya pamerkan kepada pengunjung blog saya..18/05/09.....
Monday, April 27, 2009
PERKHIDMATAN SEWA CANOPY (KULIM)
KHEMAH MAKAN PENGANTIN (RM420)SEPERTI DI ATAS
PERKHIDMATAN SEWA CANOPY(PIRAMID)
di sini kami menyediakan kelengkapan menyewa set canopy untuk tujuan majlis-majlis perkahwinan dan seumpamanya .kami menyediakan perkhidmayan ini bagi kawasan pulau pinang,kulim,sp.petani(kedah).
1) SET A(RM170)
- 40 BUAH KERUSI
- 10 BUAH MEJA MKAN
- KIPAS
- LAMPU
- ALAS MEJA
2) SET VIP(RM250)
- MEJA BULAT 2 BUAH UNTUK 10 ORANG MAKAN
- MEJA EMPAT SEGI(3'X4') 10 BUAH
- KERUSI BIASA 40
- KERUSI BENQUET 8
- KIPAS
- LAMPU
3) TAMBAHAN
- KAIN BALUT TIANG
- SECELLOP
- SKERTING BUFFET
- SEKERTING VIP
PENGAWALAN PENYAKIT UNTUK IKAN
- Faktor-faktor tekanan-dalam pengawalan penyakitikan,faktor2 tekanan bolehmenyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut:-
- SUHU
- Sumber dan mutu air
- pengendalian
- faktor kesesakan
- Makanan
- Saluran dimana air masuk hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan.Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.kadar kapur yang digunakan adalah 865kg bagi satu hektar kolam.
- anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin(200ppm selama 10-20 minit)sebelim dimasukkan didalam kolam.ini dapat menanggalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.
- Jika terdapapt kemudahan,adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukkan didalm kolam.
Tuesday, April 14, 2009
BERKAT AIR MATA ///
Pelbagai cara telah dicuba, tetapi hampir semua anak-anak ikan itu akan mati selepas menetas.
"Kira-kira dua bulan jugalah saya dan seorang rakan kongsi cuba melakukan try and error ke atas air yang digunakan bagi membolehkan anak ikan keli terus hidup. Lima kali mencuba semua anak ikan mati.
"Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, sehingga suatu hari, rakan perniagaan di daerah lain memberitahu air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air.
Itulah cerita anak muda, Mohd. Irewan, 26, yang bekerjasama dengan rakan sekampungnya, Mohd. Fauzi Abd. Rahman.
sambunagn....
Kata Mohd. Irewan, beliau terpaksa menggali tanah di tapak pembenihan di Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu milik mereka bagi mendapatkan air mata air.
"Selepas kami menggunakan air berkenaan, anak ikan yang terhasil kira-kira 20,000 hingga 50,000 masih mati. Apabila dikaji, ia berpunca daripada mata air di tapak berkenaan yang berwarna kemerahan dan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak ikan kerana kawasan itu berpaya," katanya.
Beliau yang mempunyai Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor menambah, apabila meninjau di kawasan sekitar kampung berkenaan, terdapat sebuah telaga yang diyakini mampu memanjangkan jangka hayat benih ikan keli.
sambungan....
"Tuan punya telaga berkenaan bersetuju dan kami menggunakan pam menyedut air telaga yang terletak kira-kira 400 meter daripada tapak projek dengan menggunakan paip getah untuk mengisi 12 kolam.
"Akhirnya benih ikan mampu bertahan sehingga ia mampu dijual dengan saiz maksimum sepanjang lima sentimeter seekor," katanya yang pada mulanya risau mengenai cara terbaik menghasilkan anak ikan bermutu tinggi.
Beliau yang menggunakan kolam berukuran tiga meter lebar dan 21 meter panjang itu terpaksa mengambil masa sehingga hampir setahun mempelajari selok belok pembenihan dan pengurusan anak ikan secara sistematik.
Katanya, menguruskan anak ikan yang berusia sehingga 45 hari amat sukar lebih-lebih lagi ia amat sensitif dengan persekitaran dan makanan.
"Untuk permulaan selepas proses penetasan sehingga usianya mencecah sembilan hari, ia perlu diberi makan artemia atau anak udang.
"Selepas itu apabila usianya mencecah sehingga 45 hari atau panjangnya sehingga lima inci ia boleh diberi makan moina atau sejenis hidupan air yang kecil, lebih kecil daripada jentik-jentik," ujarnya.
Lebih menarik, katanya, anak ikan keli yang dijual mereka tidak pernah dinaikkan harga dan ia dikekalkan sejak projek berkenaan dimulakan.
sambunagn....
Katanya, setiap ekor anak ikan berukuran dua inci dijual pada harga RM0.10, tiga inci (RM0.20) dan RM0.25 jika panjang anak ikan keli mencecah lima inci.
Mohd. Irewan memberitahu, air yang digunakan perlu ditukar setiap hari bagi menghalang anak ikan lemas kekurangan oksigen.
"Pada permulaan kami hanya mampu menghasilkan kira-kira 20,000 ekor anak ikan tetapi kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 200,000 ekor.
"Soal pemasaran, tiada masalah kerana penternak ikan keli di Terengganu terutama di daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan datang ke tapak pembenihan ikannya," katanya.
Beliau yang turut mengusahakan tanaman cendawan berkata, mereka berdua pada mulanya mahu membantu penternak ikan keli di negeri Terengganu mendapatkan benih ikan dengan tidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkannya.
Katanya, bermula dari situlah beliau dan Mohd. Fauzi rakan kongsinya berazam memulakan projek berkenaan kerana peluang terbuka luas untuk mereka menolong penternak ikan keli.
"Lagipun, permintaan ikan keli di restoran atau kedai-kedai makan tidak akan putus, jadi peluang mengusahakannya seharusnya tidak boleh ditolak begitu sahaja," katanya.

