Tuesday, August 18, 2009

90% REZEKI DATANG DARI BERNIAGA

Pekasam Wanita Utara ke luar negara


JOHARABI Muhamad menunjukkan bungkusan ikan pekasam keluaran syarikatnya.


LENGGONG 16 Ogos - Apabila disebut ikan pekasam, perkara pertama yang pasti terlintas di fikiran kita ialah ikan air tawar yang mempunyai rasa masam-masam masin dan begitu enak jika dimakan dengan nasi panas.

Jika dahulu ikan pekasam hanya popular di kalangan penduduk di utara Semenanjung, kini ia semakin mendapat permintaan yang tinggi di kalangan para penggemarnya sehingga berjaya menembusi pasaran luar negara.

Di Perak, terdapat beberapa pengusaha Melayu yang terlibat dalam menghasilkan produk istimewa ini dan antaranya ialah Joharabi Muhamad, 35.

Menurut Joharabi, idea untuk mengkomersialkan ikan pekasam adalah atas dorongan ibunya, Zairom Che Wok, 60.

Pada mulanya kata ibu muda ini, dia belajar membuat ikan pekasam dan menjualnya secara kecil-kecilan tetapi sambutan menggalakkan yang diterima membuatkannya nekad untuk membesarkan perniagaan tersebut.

"Idea untuk menjual ikan pekasam timbul selepas saya meluahkan rasa bosan tinggal di rumah kepada ibu. Selepas berkahwin, saya berhenti kerja di kilang dan menjadi suri rumah.

"Idea daripada ibu yang memang pandai membuat ikan pekasam akhirnya menjadi sumber pendapatan kepada saya sekeluarga kini. Alhamdulillah, ikan pekasam yang dibungkus di bawah label 'Pekasam Wanita Utara' kini sudah menembusi pasaran China, Brunei dan Indonesia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Pekan Kuak di sini baru-baru ini.

Jelas Joharabi, selain digoreng garing dan dimakan dengan nasi panas, menu makanan menggunakan ikan pekasam juga boleh dipelbagaikan seperti dimakan dengan pulut dan ubi kayu rebus.

Malah katanya, ikan pekasam juga boleh dimasak gulai lemak atau dijadikan serunding yang pastinya enak dimakan bersama ketupat.

"Pekasam sebenarnya boleh dijadikan rendang seperti juga ayam dan daging. Hanya buang tulang belakang ikan dan campurkan dengan rempah ratus serunding, rasanya sangat enak," katanya.

Usaha Joharabi bertambah mudah apabila dibantu oleh suaminya, Meor Shahili Meor Hassan, 41.

Mereka memerlukan 300 kilogram ikan air tawar seperti ikan loma, sepat, lampam, puyu dan tilapia setiap hari untuk membuat pekasam.

Untuk menghasilkan ikan pekasam yang bermutu katanya, proses pertama yang perlu dilakukan ialah ikan disiang dan perutnya dibuang sebelum diletak garam dan diperam selama dua minggu.

Kemudiannya, ikan itu dibersihkan dan digaul dengan serbuk beras yang dikisar halus.

Selepas itu, ikan dimasukkan ke dalam tong besar yang ditindih dengan benda berat dan disimpan selama dua minggu lagi sebelum dibungkus.

"Sebenarnya, lagi lama ikan diperam, rasanya akan lebih enak. Ikan pekasam boleh disimpan lama kerana ia sudah diawet," katanya.

Menurut Meor Shahili pula, untuk memastikan ikan pekasam yang dibuat 'menjadi' dan mempunyai rasa yang sedap, hanya ikan-ikan segar yang dibekalkan oleh pemborong akan digunakan.

"Saya sangat menitikberatkan kebersihan dalam proses menghasilkan ikan pekasam bagi memastikan produk yang dipasarkan benar-benar berkualiti.

"Ramai yang mengatakan ikan pekasam berbau busuk kerana diperam. Saya mahu mengubah persepsi ini. Jika kita menggunakan ikan segar dan menjaga kebersihan tempat menyediakannya, ia tidak akan berbau busuk," katanya

Pekasam Wanita Utara dijual pada harga RM3.50 untuk 200 gram dan sekiranya pelanggan membeli secara pukal, mereka boleh mendapatkannya pada harga borong RM2.80 untuk 200 gram.

KEBAIKAN MENTERNAK PUYU

Puyu hapus nyamuk aedes


Gan Tian Loo (kanan) menunjukkan sebahagian daripada anak ikan puyu untuk dilepaskan ke dalam perigi bangunan rumah kedai di Jonker Walk, Melaka, semalam.


MELAKA 9 Sept. - Sebanyak 1,000 ekor anak ikan puyu akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat di beberapa kawasan kediaman dan premis perniagaan di sekitar bandar raya Melaka bagi mengatasi pembiakan nyamuk Aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Gan Tian Loo berkata, langkah tersebut dilakukan sebagai salah satu usaha bagi membendung wabak denggi di sini.

Menurut beliau, pembelian anak-anak ikan puyu itu dibiayai oleh Jawatankuasa Jonker Walk dan ia akan melibatkan kira-kira 600 buah rumah kedai, bangunan kediaman dan rumah-rumah ibadat.

''Kawasan tersebut merupakan kawasan yang diiktiraf sebagai zon kedua Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia dan ia perlu mempunyai tahap kebersihan, keindahan dan keselamatan yang tinggi.

''Kebanyakan bangunan di kawasan berkenaan mempunyai perigi dan kita akan melepaskan ikan puyu ke dalamnya dan ia akan memakan nyamuk Aedes sekali gus menghalang pembiakan yang menjadi punca demam denggi," katanya.

Tian Loo yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk berkata demikian pada sidang akhbar selepas melepaskan 100 ikan puyu di beberapa bangunan sekitar Jonker Walk, di sini hari ini.

Menurut beliau, program yang sama pernah dianjurkan pada 2004 dan ia terbukti dapat mengurangkan kes demam denggi di kawasan tersebut.

''Berdasarkan pengalaman kita yang lalu, program sebegini terbukti dapat membanteras pembiakan nyamuk aedes dan menghindari penyakit demam denggi.

''Ia mungkin memakan masa berbanding kaedah semburan tetapi lebih berkesan kerana ikan-ikan ini akan memakan jentik-jentik sebelum ia menjadi nyamuk Aedes yang menjadi punca penyakit demam denggi," katanya.

Tambahnya, antara kawasan yang akan terlibat pada program tersebut ialah Jonker Street, Kampung Hulu, Kampung Pantai, Jalan Hang Lekiu, Jalan Hang Lekir dan Jalan Hang Kasturi.

''Saya juga berharap, program sebegini dapat menjadi contoh terutamanya kepada pihak swasta sebagai satu tanggungjawab sosialnya membantu masyarakat.

''Tanggungjawab sosial bukan semata- mata membantu dari soal kewangan tetapi juga membiayai program tertentu seperti ini yang tidak kurang pentingnya untuk menjamin keselamatan dan keselesaan hidup bersama," katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga berharap, masyarakat dapat sama membantu dengan membela ikan puyu di dalam takungan air bersih di kawasan rumah untuk membunuh jentik-jentik sekali gus menjamin persekitaran yang selamat didiami.

REZEKI IKAN PUYU

Nilai ikan puyu kacukan


MOHD. Nizam (kiri) dan Mohd. Asri Mahadzir menunjukkan telur ikan puyu dalam tangki di Felda Jengka 12, Maran, Pahang.


MARAN 20 April - Dalam kategori ikan air tawar, puyu atau betuk tidaklah sehebat ikan patin, kelah atau temoleh dari segi 'kegilaan' kaki pancing.

Ikan yang sering ditemui di sungai dan parit itu dianggap kurang berharga dan tidak menjadi rebutan di kalangan penggemar ikan darat.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa ikan puyu atau nama saintifiknya, Anabas Testudineus mempunyai nilai yang tinggi jika dapat diternak dalam bentuk komersial.

Ikan puyu kini semakin mendapat perhatian selepas beberapa usaha dijalankan untuk mengeluarkan hasil yang lebih bermutu.

Maka tidak hairanlah ada ikan puyu yang dijual di sini berharga sehingga RM20 sekilogram berikutan saiznya yang lebih besar selain rasa yang lebih enak selepas beberapa eksperimen dijalankan.

Semua itu dihasilkan selepas penubuhan pusat pembenihan ikan air tawar milik peneroka Felda Melor Jengka 12 di Bandar Jengka di sini sejak tiga tahun lalu.

Pusat pembenihan itu dikendali oleh Syarikat Khazanah Danau Rimba Enterprise (Khazanah Danau Rimba) yang dimiliki oleh peneroka Felda kawasan tersebut.

Pengurus Kanan Khazanah Danau Rimba, Zainal Abidin Mansor berkata, tumpuan projek lebih kepada penternakan ikan puyu kerana ternakan itu berpotensi besar untuk dikomersialkan.

Menurutnya, ikan puyu yang sering ditemui di kawasan sawah padi, parit dan sungai mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun spesies itu seolah-olah kurang dipedulikan berbanding keli, sepat siam dan haruan.

Katanya, kebarangkalian pupusnya spesies ikan puyu mendorongnya menubuhkan sebuah syarikat pembenihan bagi menghasilkan benih ikan puyu secara komersial di samping menganjurkan kursus jangka pendek menternak ikan itu.

''Felda menyediakan sebuah bangunan di kawasan seluas kira-kira tiga hektar di Felda Melor Jengka 12 untuk menjayakan projek penternakan dan pembenihan ikan puyu malah dijadikan lokasi tempat berkursus kepada peserta,'' katanya.

Zainal Abidin memberitahu, bangunan yang mampu menempatkan 40 peserta itu turut dilengkapi pejabat pentadbiran, bilik kursus, asrama, tangki pelbagai saiz sebagai peralatan utama ternakan ikan puyu.

Menurutnya, setiap kali kursus dianjurkan, sambutan amat menggalakkan apabila para peserta bukan sahaja datang dari Pahang tetapi juga dari luar termasuk Singapura.

Beliau menambah, teknologi kacukan baka ikan puyu Thailand dengan spesies ikan puyu tempatan yang dihasilkan Khazanah Danau Rimba berjaya menghasilkan baka ikan puyu bersaiz besar.

Katanya, penghasilan ikan puyu bersaiz besar itu secara langsung membuka mata masyarakat terhadap potensi ikan itu boleh dikomersialkan apatah lagi rasa ikan itu lebih enak untuk dimasak dengan pelbagai resipi.

''Berdasarkan kepada permintaan tinggi pasaran tempatan bermakna bidang penternakan ikan puyu kacukan boleh dikomersial untuk pasaran luar negara seperti Singapura,'' katanya.

Menurutnya, ikan puyu kacukan amat berkhasiat di samping mudah dipelihara, tahan lasak dan kurang risiko untuk mati sekali gus memudahkan proses penjagaan ternakan itu.

Tambah beliau, Khazanah Danau Rimba bukan sahaja menawarkan ikan puyu segar dewasa malah turut menyediakan benih-benih ikan puyu untuk diusahakan oleh penternak persendirian.

Sehubungan itu, tambah beliau, golongan belia harus merebut peluang untuk mengusahakan ternakan ikan puyu kerana projek tersebut mampu memberi pendapatan lumayan kepada mereka.

Eksekutif Kanan Khazanah Danau Rimba, Mohd. Nizam Mahadzir pula berkata, projek ternakan ikan puyu secara terancang itu mampu melonjakkan harganya iaitu antara RM17 hingga RM20 sekilogram di pasaran.

Katanya, misi Khazanah Danau Rimba untuk membantu pengusaha di kalangan warga Felda termasuk generasi baru, ibu tunggal, persatuan belia atau individu melaksanakan projek ini lebih serius.

''Bagi tujuan itu, Khazanah Danau Rimba melakukan roadshow, taklimat pembenihan dan menternak ikan puyu serta kursus mempelbagaikan produk untuk bersaing dalam pasaran global,'' katanya yang merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor.

Mohd. Nizam menegaskan, objektif kursus bertujuan mempromosi ikan puyu kacukan ke pasaran tempatan dan antarabangsa sekali gus menjana pendapatan pengusaha.

Menurut beliau, menternak ikan puyu kacukan dalam tangki amat mudah dikendalikan oleh individu yang berminat untuk menambah pendapatan dengan hanya memanfaatkan persekitaran kawasan kediaman.

Tambah beliau, usaha berterusan dilakukan bagi mempromosi ikan puyu kacukan di kalangan penduduk luar bandar di samping mewujudkan rangkaian perniagaan berasaskan produk ikan itu.

''Kami komited memantau perkembangan projek ternakan ikan puyu yang dikendalikan peserta kursus termasuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran bagi menjamin projek itu berjaya,'' katanya.

Pembantu Kanan Khazanah Danau Rimba, Mohd. Asri Mahadzir optimis projek ternakan ikan puyu kacukan dalam tangki boleh diusahakan secara serius oleh peneroka dan pekebun kecil sebagai pendapatan tambahan.

Katanya, keyakinan itu tercetus berikutan permintaan ikan segar air tawar itu terus mendapat permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa berbanding bekalan yang ditawarkan terhad.

Tambah beliau, ikan puyu jika diternak dalam bilangan yang banyak boleh menjamin pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

Dengan menggunakan teknologi pembenihan canggih, jelasnya, ikan puyu yang diternak dalam bilangan banyak boleh dijual di pasaran dalam tempoh empat bulan berbanding ikan air tawar lain.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, pihaknya berusaha mengkomersialkan ternakan ikan ketutu atau ikan ubi yang turut mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat Cina.

Sementara itu, seorang peserta, Nelson Ku, 35, dari Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru, Johor, amat teruja apabila mengikuti kursus menternak dan pembenihan ikan air tawar itu.

''Saya sanggup bermotosikal dari Johor Bahru semata-mata untuk menambah pengetahuan mengenai ternakan ikan air tawar terutama puyu mengikut teknik yang betul,'' katanya.

Menurutnya, kursus dua hari yang dikendalikan pakar dalam bidang itu banyak memberi maklumat berguna untuk projek secara komersial dan berskala besar.

Seorang lagi peserta, Noraini Mahadzir, 22, dari Felda Melor Jengka 12 beruntung apabila mengikuti kursus menternak dan pembiakan benih ikan air tawar itu kerana menerima banyak maklumat daripada golongan pakar dalam bidang itu.

Para peserta, katanya, berpeluang mencuba melakukan proses pembenihan ikan puyu dan mengeluarkan telur ikan keli untuk dikacuk serta melihat peringkat pembesaran ikan dalam tangki.

''Projek ternakan ikan puyu dalam tangki ini boleh dilakukan sesiapa sahaja asalkan mempunyai kemahuan dan minat untuk mengkomersialkan bagi menambah pendapatan sambil mengurangkan belanja dapur,'' katanya.

Tambahnya, pasaran ikan puyu adalah meluas kerana di Jengka sahaja terdapat banyak pekan sehari yang beroperasi di setiap tanah rancangan Felda yang mempunyai lebih 100,000 peneroka yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Tuesday, June 23, 2009

IKAN PUYU BERUSIA 6 BULAN


SYUKUR ALHAMDULILLAH SEKIAN LAMA PENANTIAN UNTUK MELIHAT IKAN PUYU MENJADI MATANG AKHIRNYE TERMAKBUR JUGA....SEKARANG IKAN PUYU SAYA SUDAH DAPAT DIPASARKAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN..UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH TERUS MENGHUBUNGI SAYA..

PENGGUNAAN BAKUHANSEKI UNTUK IKAN

BAJA BAKUHANSEKI YANG TELAH DI PACKING SETIAP BUNGKUS 1KG DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN RM 2.50
PALLET YANG BELUM DIGAUL DGN BAKUHANSEKI

BAJA PEMBESARAN BAKUHANSEKI

CAMPURAN BAJA BAKUHANSEKI DAN PALLET

Monday, June 22, 2009

SEPAT BENUA

Ikan sepat benua sememang nye senonim dgn kelazatan nye di buat pekasam dan kering...kepada penggemar ikan sepat ini mesti tidak tahan melihat ikan sepat yang besar ini..kalu lah boleh dibuat masak lemak cili api ini memang best nie..kepada penggemar ikan sepat ini boleh la menternak secara komersial kerna ikan sepat in tak ramai lagi yang terokai seperti ikan keli...saya sarankan pada penggemar ikan sepat ini boleh la menternak,kerana sekarang kerajaan akan menghantar ikan air tawar ini kepada institusi kerajaan untuk membantu rakyat nye...tima kasih kerajaan malaysia....ASSALAMUALAIKUM

BENIH PUYU UNTUK DIJUAL 1.5inc-2inc 10sen

Disini saya letak kan anak ikan puyu siam,Puyu siam ini saya dapat direct dari siam oleh kenalan saya...ikan puyu siam ini tahan lasak dan pembesaran nye lebih cepat berbanding ikan puyu kampung...tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup untuk pembesaran ikan puyu ini..makanan ikan yang saya cadangkan pallet telur katak campur dgn baja pembesaran bakuhanseki..untuk tempahan boleh call saya 0124324577(adi) @ send email adieyothman@gmail.com

IKAN AIR TAWAR JADI MENU WAJIB

SHAH ALAM – Kabinet bersetuju untuk mewajibkan menu ikan air tawar ke atas semua tender baru kantin atau kafe di setiap sekolah, jabatan, institusi dan agensi milik kerajaan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, syarat berkenaan ditetapkan dalam usaha kerajaan memperluaskan pasaran ikan air tawar keluaran tempatan.

“Ikan air tawar lebih segar berbanding ikan laut yang kebanyakannya kita import yang saya lihat berminggu-minggu tersadai sebelum masuk pasaran kita, jadi tak segar lagi.

“Matlamat kita yang lain ialah untuk mempopularkan ikan air tawar kepada generasi muda yang selama ini lebih terdedah dengan ikan laut sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar Peringkat Kebangsaan 2009 di Tapak Pasar Tani Mega di sini semalam.

Noh berkata, dasar tersebut dilaksanakan dengan mensyaratkan bekalan ikan jenis itu dari sumber tempatan dengan tiga jenis ikan yang dicadangkan iaitu tilapia, keli dan patin dal

Tuesday, June 16, 2009

PEMBENIHAN IKAN PUYU

SYUKUR ALHAMDULILLAH buat pertama kalinya ikan saya menghasilkan benih tanpa suntikan..untuk menunggu mendapatkan hasil tanpa suntikan sememangnya memerlukan jangka masa yang lama..walau bagaimanapun penantian saya selama ini berbaloi kerana ikan yang kita bela mengeluarkan hasil tanpa pperlu menyuntik...untuk menunggu ikan mengeluarkan hasil dgn sendiri kita harus menyimpan sepasang ikan puyu dalam air yang kotor dan membiarkan selama 6bulan....sekian

SEBUT HARGA BAGI KANVAS

Thursday, May 21, 2009

BAJA PEMBESARAN (bakuhansiki)

Baja ini mengandungi magnisium Mg yang boleh merawat kulit yang bermasalah dan secara teorinya apabila kulit tidak bermasalah, pembesaran menjadi lebih cepat,baja ini di peprolehi nun jauh di negara matahari terbenam,Penggunaan baja ini juga boleh diberi kepada pokok,cili,getah,kelapa sawit.ikan puyu,ikan sepat dan sebagainya...untuk keterangan lanjut boleh email kepada saya adieyothman@gmail.com

Sambungan...

Dengan penggunaan baja bakuhansiki telah dibuktikan keatas ikan keli yang saya paparkan selama 10 hari pemerhatian...Ikan keli yang diberi makan baja bakuhansiki lebih cepat membesar berbanding penggunaan pallet sahaja....ikan keli yang diberi makan bakuhansiki tempoh matangnya menjangkau 45hari hingga 60 hari(1-2bulan)berbanding pula ikan yang diberi makan pallet mengambil masa pembesaran selama 90hari hingga120 hari(3-4bulan)...Tuan2 sekalian mesti taknak bazirkan masa,tenaga dan duit untuk membela ikan keli sebegitu lama dengan adanya baja bakuhansiki...

Sambungan...

kelihatan ikan keli yang diberi mkan baja bakuhansiki ternyata berkesan kerana kulit ikan keli ini menjadi lebih tegang dari sebelum diberi makan baja bakuhansiki. Bahu ikan keli ini juga tidak terlalu hanyir dan belendir dan rasanya pun sedap..

Tuesday, May 19, 2009

KELI ZAT BABI HARAM


KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam."Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi."Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.

Monday, May 18, 2009

MAHUKAH ANDA UMAT ISLAM TERKENA SEPERTI INI










Kepada umat islam yang ingin membeli ikan keli di pasar..diminta semua harus mengetahui latar belakang ikan keli yang dipasarkan ..Kerana sekarang ini ikan keli mudah tercemar dengan najis dan kandungan babi...lihat lah keratan kosmo yang saya pamerkan kepada pengunjung blog saya..18/05/09.....
'Kita hanya jual di luar Perak' - Ternak ikan keli untuk ‘membersihkan’ air kumbahan dari ladang babiOleh KUMARA SABAPATTY kumara.sabapatty@kosmo.com.my]

IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.

Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

 "Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.

 Berdasarkan tinjauan, setiap kolam berkenaan mempunyai dua paip saliran, paip masuk dan keluar yang berfungsi mengalirkan air kumbahan kandang babi yang kemudiannya terus ke dalam parit di sebelah ladang terbabit.

 Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi 'makanan' ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

 Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.



Monday, April 27, 2009

PERKHIDMATAN SEWA CANOPY (KULIM)



KHEMAH MAKAN PENGANTIN (RM420)SEPERTI DI ATAS

PERKHIDMATAN SEWA CANOPY(PIRAMID)

di sini kami menyediakan kelengkapan menyewa set canopy untuk tujuan majlis-majlis perkahwinan dan seumpamanya .kami menyediakan perkhidmayan ini bagi kawasan pulau pinang,kulim,sp.petani(kedah).


1) SET A(RM170)


  • 40 BUAH KERUSI


  • 10 BUAH MEJA MKAN


  • KIPAS


  • LAMPU


  • ALAS MEJA


2) SET VIP(RM250)


  • MEJA BULAT 2 BUAH UNTUK 10 ORANG MAKAN


  • MEJA EMPAT SEGI(3'X4') 10 BUAH


  • KERUSI BIASA 40


  • KERUSI BENQUET 8


  • KIPAS


  • LAMPU


3) TAMBAHAN

  • KAIN BALUT TIANG


  • SECELLOP


  • SKERTING BUFFET


  • SEKERTING VIP

PENGAWALAN PENYAKIT UNTUK IKAN


  1. Faktor-faktor tekanan-dalam pengawalan penyakitikan,faktor2 tekanan bolehmenyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut:-
  • SUHU
suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan persekitaran(air) dengan itu suhu merupakan satu faktor yang penting.Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat,ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.
contoh2 dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:-

a) air yang cetek didalam kolam adalah tidak sesuai,dimana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk pada waktu hujan turun dengan tiba2.

b)ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan didalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan didalam kolam,oleh kerana persekitaran ikan yang baru sampai didalam plastik tidak sama dengan kolam tersebut.

  • Sumber dan mutu air
Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan2 pencemaran organik,kandunagan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,kandunagn armonia tidak melebihi 0.002ppm dan ph diantara 6.5-9.0

  • pengendalian
pengandilian adalah penting dimana pengandalian yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka2.luka2 tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/pengakit menyerang badan ikan.

  • faktor kesesakan
Kepadatan ikan yang terlalu tinggi ddalam kolam boleh menyebabkan kesesakan.Faktor kesesakan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun .Selain daripada itu ikan juga turut mengalami tekanan.

  • Makanan
Makanan ikan-ikan ternakan terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplanton dan makanan tambahan.makanan hedaklah diberi 2 kali sehari,iaitu pada waktu pagi dan petang,banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana.Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.

2)Ciri-ciri kolam

Bagi mengawal dan mengelakakan penyakit ikan,setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliiran air masuk dan keluar berasinagn,supaya penyakit ikan tidak dapat merebakdaripada sebuah kolam ke kolam yang lain.

3)Pengawalan patogen

  • Saluran dimana air masuk hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan.Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.kadar kapur yang digunakan adalah 865kg bagi satu hektar kolam.
  • anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin(200ppm selama 10-20 minit)sebelim dimasukkan didalam kolam.ini dapat menanggalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.
  • Jika terdapapt kemudahan,adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukkan didalm kolam.

HUBUNGI KAMI DI


Adi-email
adieyothman@gmail.com
H/P:012 432 4577
kami di kedah/penang

masukkan email anda untuk "new update"

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner